Friday, August 27, 2010

Ketahui Disebalik Lagu Alejandro oleh Lady Gaga

to tell u the truth, i loved this song...
the melody is very catchy!
i even sang it with my niece when the song aired...
but that before i knew whats behind the lyrics n the totallity about this video...
.
.
this is just for sharing...
i came across this while bloghopping HERE n noticed that it has been distributed in facebook too...
.
.
to note that...
to those who would like to read below article,
KEEP AN OPEN MIND
!!!
.
.
..................
Assalammualaikum...
.
.
Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Masa nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..
.
.
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mendapat keafahaman mengenai illuminati ini, anda bolehlah baca dari web ini mengenai konspirasi dajjal atau carian di google.
.
.
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu, mungkin tak banyak yang kita boleh tahu. Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.
.
.
Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.
.
"I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."
.
.
Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ...
.
.
But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? Dan kemudian dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapannya tak ... Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam... Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?
.
.
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.
.
.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave'. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-kawal segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.
.
.
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop, please, just let me go, Alejandro" . Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.
.
.
"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
.
.
Maksud lirik ni pulak. A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..
.
.
Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
.
.
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..
.
.
" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall
.
.
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan) Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan). Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka
.
.
Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer(Iblis)..
.
.
I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena tafsir apa makna dia..
.
.
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia. Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "
.
.
Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga kawal lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula dikawal ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..
.
.
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...
.
.
Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia. Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga, tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini, berhentilah mendengar lagu Gaga. Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah(Tiada Allah). Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ?
Ya Allah , lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya..
Amin ya rabbalalamin.
.
.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)
.
credit to

35 comment(s):

Anonymous said...

thanks di atas penerangan...hampir2terminat dengan lagu ini sebenarnya. buat saya termalu dengan diri sendiri..semoga Allah sentiasa menberi pedoman kepada kita.

screamingmommy said...

thanks for sharing this beb, the meaning is so deep, hmm should stop humming the song from now on:(

jie musa said...

Ada terima emel mengenai ini tetapi jie tak perasan lak lagu ni. Tau lagu laaaa olaaaaaa gagaga. itu jer sebab sikecik suka menyanyi :p

Anyway thanks for reminding us all

Umi jie

JaJa'Z said...

verde: jaja mintak kebenaran kongsi maklumat ni kat blog jaja ek...

Ni linknya:
http://jajazack.blogspot.com/2010/08/disebalik-lagu-alejandro-by-lady-gaga.html

tq

miss R.e.p.u.n.z.a.L said...

ihhh..tak suka//tak suka dah kat lagu ni..
menyeramkan..

delour said...

im not a fan of ladyG so xtau ttg her songs pn..hehe..but this sound interesting..if u dun mind i nk share wth my fren in my blog..

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

anon (August 27, 2010 2:13 PM) : somethg i think worth to share...amin to ur doa :)

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

sm : tue la kannnn...huhuhuu bru tau

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

jie : if u google ade maksud tersirat jugak lagu bad romance tue ;p huhuhuhuhu...

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

jaja : yeah sure dollie :) share it away! ;) hope that it can help a way or another :)

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

lina : kan kan kannnnnn...bile tgk video dia pon cam seram horror ;p now bru tau behind of it

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

delour : yeah sure dollie :) share it away :D

=MissRynn= said...

tq sis.. pasni banned semua lagu lady gagap!

fizamior said...

Ya Allah!!!!! sengal betul ekk... well, i hate her btw... i think she's a freak. tp tu la, lagu dia very catchy. ramai teenagers yg suka. they dont even know apa yg tersurat tu kan. well, if u dont blog, i pon xtau! tq for sharing dear!

mintak dijauhkan ! nauzubillah...

The Momster said...

Well done on this entry, LadyVerde! An eye opener indeed!

Nana said...

Gosh!!! That woman likes to come up with all sorts of controversy! So cryptic! Sigh! However, I think if you do not know the meaning/message behind the song, its ok! but bila dah tau .. tu lain ceritanye! Thanks for informing us!

Anonymous said...

hye verde..
i'm ur SR..
thanks for sharing this vid...
bru twu disebalik citer lagu nie....
scary gile....

bgus verde!!

-lala-

leeya said...

salam kak verde,

thank u for this info..pernah dgr psl isu lagu ni tapi xbrape faham sgt n now TOTALLLY fahaamm.. huhuhu..bahaya betul ek si gaga nih..hishh..boleh pengaruh ramai remaja esp orang2 Islam..mintak2 kita semua dijauhkan.nauzubillah..

Anonymous said...

salam,mohon copy paste to share this with friends who have growing children..bahaya lagu ni.....

Anonymous said...

tapi kan i nak copy paste buat dlm bentuk email..tak pandai la pulak dgn pic2 tu ..saya tak de blog..nak sebarkan info you through my mailing list group..mcm mana ye..as i think this is very important ..ramai student i suka bebenor lady gaga ni..

Anonymous said...

salam again.lupa pula nak kasi email saya:myfirstcoffeemaker@gmail.com.

thank you.

Anonymous said...

thanks babe,

gitu rupanyer cite disblk lagu ni
mmg sengal gaga ni

yaya othman said...

babe, thanks for sharing!! i honestly thought alejandro and fernando are guys!!! sh*t!!! thank you!

J.L said...

ohh. kt opis ni my colleague suka psg n ikut nanyi sekali! huhuhu. kn inform dia jugak ni.

Ruziawati Bukhari said...

bagusnya entry ni.. c! begitu mudah dia mahu menipu kita.. kita yg x sedar ni melangut2 dok dgr lagu dia.. best mmg best .. tp kalau dh begini.. harus boikot gaga sekarang juga!!

Ruziawati Bukhari said...

minta share info yg berguna ni ye tuan tanah... :-)

Farra Dhelina said...

fuh..penuh dgn info yg padat.

trm ksh yg terhingga..trm ksh kerana mengingatkan..

* 1st dgr lagu ni, dia sbut aljndro, dlm ht ada tertya, sape dia ni?now baru fhm..

thnx!!

SM@A said...

Salam Sis

Thanks for the info. Alhamdulillah.

Just inform my daughters, dia orang suka jugak dengar Lady Gaga.

Bila tengok entry ni, macam nak baca balik sequel Dan Brown.

J Coppola said...

LV, I pun ada dpt email about ni..tapi kt sini cam susah sikit le klu tk nk dgr lagu ni...sebab radio 24 jam siar..lagu baru le katakan tgh hit...sib baik my boys kecik so mereka tk minat sangat lagu2 cam ni..take care LV + MD

Anonymous said...

salam verde,

very good info! masa video ni keluar i read that katy perry called it 'blasphemy' masa time tu memang tak faham apa sebabnyer but after reading ur post baru realize the true meaning of her songs. tapi video dia semua rata-rata memang ada unsur tak baik lucah, ganas semua ada la.....thks again!

Aini

appledia said...

Seriously tatau!
Dala minat kat lagu dia...dush!
Okie kena be extra cautious next timw.Thanks verde for sharing!

reena said...

Dari dulu, kini dan selamanya memang tak pernah minat Lady Gaga. Semak!

Iena said...

verde, tengkiu for sharing. i love this song wihout faham maksudnya... jahil nya i... again n again, thank you so much!

nway, selamat hari raya aidilfitri to u n mr. doc.

syaftome said...

thanks for sharing...
it creates such a good thought provoking...
it really opens up my mind...

MamaBalqisJournal said...

Dear verde,

Just came across your blog. Interesting reads. LOVE your bag collections! Me blum rezeki lg pat situ...insyaAllah one day! heheh

Anyway permission to share this entry k. Thanks!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin
This is a personal blog. The views and opinions expressed here represent my own and not those of the people, institutions or organizations that I may or may not be related with unless stated explicitly. My thoughts and opinions change from time to time as I come to learn more and develop my understanding about the things and issues that I am blogging about. This blog just provides a snapshot of the knowledge, views, and opinions that I hold at a particular point of time and these might most probably change over a period of time. I reserve the right to evolve my knowledge, thoughts, and viewpoints over time and to change them without assigning any reason. This blog includes links to other sites/blogs operated by third parties. These are provided as a means of convenient access to you to the information/opinion contained therein. I am in no way responsible for the content of any other sites or any products or services that may be offered through other sites.

:: OurWedding2004 ::

Gorgeous People Passing-by ;)